Tab Menu 8

Followers

Saturday, September 17, 2011

Wanita2u 2nd Giveaway


LIMITED EDITION LUNA BLEU CABANA BOY BODY MIST ( TOP SCENT)
 Hai sume teman2 bloggerku, mari sama2 kita join giveaway nie...hadiahnya menarik tau.....untuk keterangan lebih lanjut sila klik link di bawah nie....

http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html

Nie la pertama kali Anor join...hope bleh la dapat perfume nie.....hehehe....

p/s : kalo dah bc En3 nie jgn lupa klik link di atas serta tinggalkan komen....tQ...chaiyok2..
Kalau suka like entri mama ain

Thursday, September 8, 2011

Aku Tertarik dengan Hiasan Lampu Ini....

Kreatifnya!!! Anor tak sangka bahan terbuang seperti air kotak boleh jadi satu bahan yang berguna dalam hiasan dalaman rumah kita....boleh jadi hiasan lampu pula tue...menarikkan idea ini. Kalo anda ingin mencuba, ikuti la cara2 membuatnya...









P/S : Selamat mencuba...kalo dapat buat anta Anor satu....hehehehe...
Kalau suka like entri mama ain

Wednesday, September 7, 2011

Raya Sakan sehingga ke Padang Besar

Hari nie dah mula keje...ermmm...sunyi sepi jer ofis hari nie memandangkan ramai yang masih bercuti lagi.Anor pun masih dibayangi dengan mood raya lagi...rasa cam nak sambung cuti raya lagi. Tapi cannot la...Ape2 pun tahun nie raya paling best bagi Anor. Dapat berkumpul bersama dengan family tersayang. Tambahan pula dapat tengok Ain pakai baju raya. Jadual raya pun penuh tahun nie...tak la dok melepak jer kat rumah tonton tv cam tahun yang lalu...



Speselnya tahun nie, al-maklumlah...dah seminggu raya kan...adik Anor, Caer nak balik ke Pendang, Kedah. So, buat trip la ke sana. Anor sangkakan ke Kedah, tapi rupanya perjalanan hari tue membawa anor sehingga ke Padang Besar. Hah, beraya sakan la di sana...beli perkakas dapur la, t-shirt, toto n macam2 la lagi. Dah seharian shopping di sana, walaupun masih ada tempat yang  tak dilalui lagi, hari pulak dah nak bawa ke senja, Caer pun belum sampai ke destinasinya lagi...maka kami sekeluarga bergerak ke destinasi yang sepatutnya dituju. Anor sekeluarga tiba di rumah hampir jam 3 pagi. Walaupun badan rasa letih dan mengantuk, Anor dan keluarga berasa puas beraya kali nie...

Dari Perak hingga ke Kedah,
Dari Kedah  hingga ke Padang Besar,
Hari Raya kali nie cukup indah,
    sampai mak ngan adik-adik tersenyum lebar.







Kalau suka like entri mama ain

Wednesday, August 17, 2011

Kahwin Kembar kerana Keliru untuk Memilih Yang mana Satu



Disebabkan keliru dan tidak tahu hendak memilih yang mana, seorang lelaki Thailand berusia 24 tahun mengambil keputusan mengahwini pasangan adik-beradik kembar perempuan secara serentak pada 8 Ogos lalu.

Dan lelaki ‘bertuah’ itu berjanji akan mencintai kedua-duanya sama rata.

Ketika ramai memanggilnya bertuah, ada di kalangan pembaca laman web “STOMP” pula membayangkan yang lelaki itu sengaja menempa nahas melalui perkahwinan seperti itu.

Wichai, yang meniaga barangan lama berkahwin dalam satu majlis penuh kemeriahan kepada pasangan kembar berusia 22 tahun, Sirintara dan Thipawan.

Wichai berkata yang dia berkawan baik dengan pasangan kembar itu yang juga jirannya sejak mereka kanak-kanak lagi.

Dia menambah bahawa “selama tiga tahun berturut-turut, kami bertiga berpacaran bersama, sehingga satu hari apabila saya tidak dapat menahan perasaan, saya memberitahu mereka “Saya mencintai awak dan ingin mengahwini awak BERDUA”.

Kedua-dua saudara kembar bersetuju dan mengakui yang mereka memang ingin mengahwini lelaki yang sama.

Bagi aturan untuk tidur pula, Wichai berkata, “Untuk tiga malam pertama dalam seminggu, saya akan tidur dengan Thipawan dan tiga malam seterusnya bersama Sirintara. Manakala pada setiap hari Sabtu, kami bertiga akan tidur bersama.”
Disebabkan keliru dan tidak tahu hendak memilih yang mana, seorang lelaki Thailand berusia 24 tahun mengambil keputusan mengahwini pasangan adik-beradik kembar perempuan secara serentak pada 8 Ogos lalu.

Dan lelaki ‘bertuah’ itu berjanji akan mencintai kedua-duanya sama rata.

Ketika ramai memanggilnya bertuah, ada di kalangan pembaca laman web “STOMP” pula membayangkan yang lelaki itu sengaja menempa nahas melalui perkahwinan seperti itu.

Wichai, yang meniaga barangan lama berkahwin dalam satu majlis penuh kemeriahan kepada pasangan kembar berusia 22 tahun, Sirintara dan Thipawan.

Wichai berkata yang dia berkawan baik dengan pasangan kembar itu yang juga jirannya sejak mereka kanak-kanak lagi.

Dia menambah bahawa “selama tiga tahun berturut-turut, kami bertiga berpacaran bersama, sehingga satu hari apabila saya tidak dapat menahan perasaan, saya memberitahu mereka “Saya mencintai awak dan ingin mengahwini awak BERDUA”.

Kedua-dua saudara kembar bersetuju dan mengakui yang mereka memang ingin mengahwini lelaki yang sama.

Bagi aturan untuk tidur pula, Wichai berkata, “Untuk tiga malam pertama dalam seminggu, saya akan tidur dengan Thipawan dan tiga malam seterusnya bersama Sirintara. Manakala pada setiap hari Sabtu, kami bertiga akan tidur bersama.”
Kalau suka like entri mama ain

Tuesday, August 9, 2011

Bonus Raya Aidilfitri



" PUTRAJAYA : Sebanyak 1.27 juta kakitangan awam akan mendapat duit raya apabila kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dibayar pada pertengahan bulan ini.
Selain itu, kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500. "
Yahoooo!!!!!.....Seronoknya Anor bila dgr berita  gembira nie.....hehehehee....raya sakan la nti....

P/S : Dah dapat bonus nie, jangan la g perabihkan....jimat2 la yer....
Kalau suka like entri mama ain

Tuesday, August 2, 2011

Menu Orang Kelate

Hari pertama puasa, mcm2 resepi Anor cari dekat internet....konon2 nak masak la....nak makan waktu berbuka nanti....
Last2 pergi beli jer kat bazar Ramadhan.....Hai, pemalas betul Anor nie....
Dengan hari yang panas terik, rasa cam nak terbakar jer muka Anor jalan2 sekitar bazar tue....cari makanan punya pasal,dah la ramai orang semalam...sume  pun macam Anor jugak kot (m----)....hehehehe.....jangan mare!
Terliur jugak dibuatnya, cium bau makanan, tgok pelbagai jenis nasi,kuih-muih,buah kurma,sup,daging gulai kawah.....perghhhh.....huh....tgok air pulak, dahaga dibuatnyer......
Dah habis pusing sekitar bazar tue, baru la Anor pergi membeli. Dok la ikut kawan, tgok kawan beli nasi kerabu, Anor pun nak jugak.....yang sebenarnya tak tahan tengok ayam bakar madu tue..... 
Pastue kawan Anor beli kuih akok. Nak diceritakan, sebenarnya Anor tak pernah makan kuih nie sebab tgok kuih nie lembik, basah jer....buruk lak rupanyer....kawan suruh test gak makan.....dah tue...tintonk....ya Allah.....sedapnyer.....

 
Nasi Kerabu
( pic copy dari google)
 
kuih Akok
(kuih tradisional orang Kelate) 

  
p/s : Jangan menilai sesuatu benda dari luaran sahaja....

       "Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kpd Rakan2 Blogger semua"



Kalau suka like entri mama ain

Tuesday, July 19, 2011

Tahniah, sahabatku atas kelahiran cahaya mata sulongmu....

Tahniah buat sahabatku Noor Azlizawati @ Noor kerana mendapat cahaya mata perempuan pada hari ahad  (17/07/2011) seberat 2.9kg. Nama diberi Nur Dhia Zahrah....huh,sedap nama tue.....
Petang semalam lepas habis jer keje, Anor n d'geng pergi melawat Noor di Hospital Putrajaya...Ramai jugak yang datang melawatnya waktu itu.....tersenyum melerek Noor tgok rombongan kami......Alahai....seronok la katakan...Jadi, apalagi...nak dijadikan bahan cerita, Anor ambik kesempatan ini untuk tangkap gambar babynyer......klik2....
  

huh...lenanya Zahra tido

"Anor la pulak...kasi la Anor pulak pegang baby tue....nak gambar ngan baby gak"


hahaha......dpt jugak mama ain bergambo ngan Zahra

cium ckit!!!!!!!!
Tapi sayang baby tak nak bukak mata.....baby tido....(actually baby tak bleh buka mata coz cahaya terang kat luar tingkap)... 


zzzzzzzz!!!!!!!
Tak sangkakan....nasib baik Noor sempat makan KFC kat Alamanda hari Jumaat yang lalu, 2 hari sebelum bersalin.....takde la kempunan nanti...hehehe....ajer ngan yer....


Noor ( bertudung awning hitam) bersama kak ngah (rossellbloom.blogspot.com)

Anor n kak Ana (kasihkuabadi-ana.blogspot.com)

Pic blurrr.....ckit...sowey....

p/s: Selamat Berpantang buat sahabatku Noor....

Kalau suka like entri mama ain

Friday, July 15, 2011

Asam Garam Rumahtangga......

Saat indah awal perkahwinan…….



Teruna  :  Akhirnya saat inilah yang aku tunggu sekian lama
Dara  :  Apakah kau rela kalau aku pergi?
Teruna  :  Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara  :  Apakah kau mencintaiku?
Teruna  :  Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara  :  Apakah kau pernah berlaku curang?
Teruna  :  Tidak! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara  :  Mahukah kau menciumku?
Teruna  :  Ya!
Dara  :  Sayangku…..!


Sesudah 5 tahun perkahwinan………..

Korang baca dari bawah ke atas pulak…………
Hehehehehe…………..



Kalau suka like entri mama ain

Wednesday, July 13, 2011

Pesta Floria Antarabangsa di Presint 2, Putrajaya

 Dalam kesibukan bekerja, dapat juga Anor luangkan masa untuk pergi ke Pesta Floria di Putrajaya (09/07/2011-17/07/2011). Best sungguh.......tak percaya? Marilah datang tengok sendiri. Lihat betapa indahnya flora dan fauna di sini.....ada bermacam2 bunga yang ada di sini. Paling menarik bagi Anor, bunga Rainbow Rose.....Anor suka sgt!!!!!!!!!!!! Bila lihat jer pic bunga nie...alahai, sejuk jer mata nie memandang....Bukan sejuk mata jer,hati pun rasa sejuk.... 


Bunga2 yang dipamerkan

Ha.....korang tgok bunga nie, rasa sejuk tak mata tue?
                          
Okey....tue pic di halaman luar pesta....jom kita masuk pulak dlm khemah...kat sana ada bermacam bunga
rose yang digubahkan dalam pelbagai rupa bentuk dari setiap negara.....ada bentuk kuda, bendera Malaysia, pelamin, dan ada juga landskap bunga di halaman rumah.....jeng...jeng....jeng.....ha, nie lah satu contoh pic yang Anor ambik untuk tatapan korang...


Cantik tak?!!!!

2nd day pulak, Anor pergi lagi ke pesta nie.....hmmm.....rasa tak puas lagi masa 1st day tue hari sbb tak
 jelajah habis.....kali nie Anor berkunjung ke taman bunga hasil kreativiti dari pelbagai jabatan dan kementerian......cantik......memang cantik.......


hohoho.....semangat 1 Malaysia

i luv flowers.......mmuuaaahhhhh!!!!!
                                                                                                               
 Ketika dok asyik candid.....ternampak la akan Anor satu pondok tue.....ada beskal lama.....apalagi....huh...huh....huh...Anor berlari ke arah beskal tue.....Anor nak naik beskal tue.....kikikiki.....


comel tak pic Anor nie

Setelah puas berjalan, Anor pun dah penat....apalagi blik rumah la.....
Tapi sebelum sempat sampai kat rumah, Anor nampak pulak bot2 yang digunakan untuk perarakan di malam hari pesta flora nie.....Untuk pengetahuan korang, waktu siang hari bot2 nie diletakkan di  tepi tasik jambatan ape ntah berdekatan  dengan PICC. Pada malam hari, baru bot2 nie akan dibawa ke tasik berhampiran tapak pesta.


dpt jugak Anor bergambar dgn replika bot nie..

bersama replika bot dari Kementerian Pelancongan

 Okey la....sampai takat nie sajer untuk entry nie....lain kali sambung entry baru pulak....

I LUV FLOWERS.........MMUAHHHH....


Kalau suka like entri mama ain

Monday, July 11, 2011

Merah Hitam Sempena Majlis Perpisahan Dato'........

Sempena Majlis Perpisahan Dato'... anjuran Puspanita, semua yang hadir diwajibkan memakai baju bewarna merah or hitam. Jadi, hari tu melaram habislah Anor n d' geng....Majlis tue wat kat Hotel Legend, KL. Jadi,lps habis keje, salin baju terus turun bawah naik bas jbtn. Apalagi, sementara tgu bas bergerak ke destinasi yang dituju, pose dpn camera la.....klik sana....klik sini......hehehe....




Sampai jer kat hotel tue....daftar dulu....dapat cenderahati. Nak tau apa cenderahati tue? pouch bag...
Ada mcm2 color. Anor ambik color hitam sbb bleh macthing ngan baju ape2 pun...
Lps daftar, cari table tuk duduk la....of course la anor pilih table yang berdekatan dgn makanan.....bila dah time makan, orang pertama yang meluru ambik makanan.....anor la...hehehhehe....




Macam2 acara yang dijalankan. Antaranya ialah pertunjukan pakaian muslimah, pertandingan nyanyian, selingan lagu dari artis2 from jbtn n cabutan bertuah. Anor nie g acara manapun tak pernahnya bertuah...hai,apelah malangnya nama tak naik nie.....Kesian kan....tapi apa2pun makan tetap bessstttttt......
Selesai majlis, sempat lagi Anor n d'gang berposing di ruang legar hotel tue.....huh....mmg best...


bergambo di atas pentas

bergambo di ruang legar hotel (1)

bergambo di ruang legar hotel (2)

Gara2 asyik berposing, satu bas dah blah dulu.....jadi kitaorang yang kemudian nie naik bas lagi satu....
Nak dijadikan cerita, ada sorang member Anor nie ( artis pakaian muslimah ) bleh pulak masa dia turun tangga, ntah macammana terjatuh....jadi ketawa terbahak2 la kitaorang....
So, agak malam jugak la bas kitaorang tue sampai kat Putrajaya.....

Dato', jasamu akan kami kenang selalu.....

Kalau suka like entri mama ain

Monday, June 20, 2011

Happy Birthday Sayangku....

Selamat Hari Jadi....Selamat Hari Jadi......Selamat Hari Jadi Ain.....
Selamat Hari Jadi Anakku.....
Hari ini Ain dah genap 1 tahun....
Sungguh pantas masa berlalu.....
Ain,walaupun tiap2 mgu ibu blik kampong,penat seharian pulak dok dlm bas, tapi bila jer dapat tgok ain,dpt peluk cium, hilang terus rasa penat tue.....Ain la permata hati ibu & ayah...
Semenjak Ain lahir, ayah juga kerap blik kampong jenguk buah hatinya....

Pak Su & Pak Lang pulak ada jer cuti,terus blik kampong....
Betapa sayangnya mereka pada anak buahnya...

Ibu & ayah harap Ain sentiasa sihat dan dengar kata opah & mak ngah kat kampong tue.....jgn nakal2.
Susah opah nak jaga nti.

Ibu & Ayah sayang Ain....
Mmuahh...........


nie gambo ain 6 bulan


gambo nie la paksu nyer anta contest baby comel kat pasaraya the store


Kalau suka like entri mama ain

Monday, April 18, 2011

Kalimah ALLAH pada Kasut CROC



Maha Suci Allah!!!!
Beginikah Penghinaan Terhadap Kalimah Allah!!!!

Sebenarnya Aku tertanya2 jugak sebelum nie.......akhirnya aku dapat kepastian....
Sebelum nie ramai yang dah bercerita pasal kasut jenama CROC nie....cakap pasal gambo pada kasut tue ada kalimah ALLAH.
Aku nie dok tenang kasut tue lama2 tapi still tak dapat cari....
Adik ku tunjuk berulang2 kali pun....tetap jugak aku tak nampak...
Akhirnya, selepas aku dok layan internet....tiba2 terjumpa la citer pasal kasut nie.....teruja aku
Mmg sah.....
Jadi, sebagai umat Islam, tak salah aku untuk menyebarkan perkara nie kpd kawan2 blog yang lain.
Amin...

Kalau suka like entri mama ain

Wednesday, February 23, 2011

Suara Daripada Perut


VENTRILOQUIST..kembar seiras ini memiliki minat sama.

BERCAKAP melalui perut tanpa sedikit pun menggerakkan bibir mungkin kedengaran pelik dan mustahil dilakukan. Namun bagi pengamal seni ventriloguist, ia dianggap satu keistimewaan kerana tidak semua mampu melakukannya.
Pasangan kembar seiras, Mohd Syazwan Nizam Matusin dan Mohd Syazrul Nizam Matusin, 22, kembali menghidupkan seni ventriloquist di negara ini yang semakin ‘tenggelam’, walaupun satu ketika dulu ia pernah popular menerusi watak Jalut yang dimainkan oleh pelawak, Mahadi.


URUS....Jeff Omar ( dua dari kiri) dan Kay Maria (kanan) bertanggungjawab membawa Wan dan Rul ke Kuala Lumpur.

Menggunakan patung atau ‘dummy’ yang diberi nama Buntak dan Awang, dua beradik itu mengecapi populariti di negeri asal, Sabah.

Mohd Syazwan yang lebih mesra disapa dengan nama Wan adalah identiti sebenar kepada dummy bernama Buntak, manakala Mohd Syazrul atau Rul lebih serasi bersama Awang.Apabila melihat persembahan mereka, dapat dirasakan Buntak dan Awang seakan-akan hidup sehingga membuat ­penonton terpana dan tertanya-tanya adakah patung itu bernyawa.

Lebih menarik, mereka bukan hanya membuat persembahan lawak jenaka, malah boleh me­nyanyi dengan melontarkan suara lantang tanpa perlu membuka mulut mahupun menggerakkan bibir sekalipun.

Wan berkata, Buntak adalah patung pertama dimilikinya apabila dibeli oleh ayahnya, Matusin Awang Damit, 57.

Katanya, dia mula meminati seni itu apabila menonton sebuah rancangan televisyen ventriloquism dari Jepun menerusi televisyen ketika berusia 15 tahun.

“Sama seperti orang lain, saya pada mulanya hairan melihat patung itu bercakap, sedangkan mulut ‘pemegangnya’ langsung tidak bergerak.

“Namun selepas melihat ­secara teliti persembahan mereka, baru saya tahu dari mana suara itu dikeluarkan,” katanya.

Bertitik tolak dari situ, anak muda ini menanam azam untuk mendalami seni itu dan mula melakukan latihan secara sendirian berpandukan maklumat dan video yang ditontonnya melalui Internet.

Pada mulanya, dia menggunakan patung yang dibuat sendiri dan berlatih di depan cermin hampir setiap hari bagi memahirkan diri.

Melihat kesungguhan dan minat mendalam untuk menjadi ventriloquist, ayahnya mengimport Buntak untuknya dan sejak itu dia terus aktif mengadakan persembahan di sekitar Sabah.

Penghijrahan dua beradik kembar ini ke Kuala Lumpur diuruskan oleh pelakon dan juga penerbit drama, Jeff Omar yang tertarik dengan bakat dimiliki mereka.

Walaupun pada mulanya timbul rasa ragu-ragu dan bimbang untuk berhijrah, apatah lagi perlu berjauhan dengan keluarga, semua itu ditolak ke tepi demi mengembangkan bakat dimiliki.

Wan berkata, sehingga kini mereka memiliki enam patung pelbagai ‘jantina’ dan mempunyai karakter dan suara berbeza.

Bercerita mengenai Buntak, Wan berkata, Buntak diberi karakter sebagai seorang yang banyak cakap, nakal dan sering mencuit hati dengan telatahnya yang lucu.

Katanya, setiap patung perlu diberi karakter ­tertentu bagi menjadikan ia benar-benar hidup dan berbeza dengan karakter mereka.

“Karakter yang diberikan itulah sebenarnya membantu menghidupkan sesuatu persembahan selain pengisian dan jalan ceritanya.

“Menjadi cabaran pada kami berdua untuk mempelbagaikan karakter dan suara supaya ia tampak berbeza antara satu sama lain,” katanya.

Berbeza dengan Wan, Rul pada mulanya hanya menjadi ‘back-up’ kepada abangnya ketika melakukan persembahan kerana dia lebih ter­arah kepada bidang nyanyian.
Ketika itu dia masih belum bersedia menjadi ventriloquist, sebaliknya lebih selesa menjadi penghibur yang meniru suara Tan Sri P Ramlee di Sabah.

“Minat saya dalam bidang ini timbul agak lambat berbanding abang saya, namun semua itu tidak dijadikan alasan untuk saya terus memantapkan diri dengan ilmu ventriloquism.

“Kami sering bertukar-tukar pendapat dan idea sebelum melakukan sesuatu persembahan supaya persembahan kami menarik perhatian penonton,” katanya.

Oleh kerana seni ini memerlukan mereka bercakap dari dalam perut dan bibir tidak boleh digerakkan, menjadi satu cabaran untuk menyebut sesetengah
perkataan.

Perkataan yang mengandungi huruf seperti B, M, P dan W sukar disebut tanpa menggerakkan bibir dan ia mengambil masa lama untuk belajar me­nyebut huruf itu.
“Walaupun pada mulanya­ sukar membiasakan diri, lama-kelamaan kami berjaya menyebut perkataan itu.

“Dua elemen penting yang ditekankan adalah kesungguhan dan kesabaran kerana ia saling bergantung antara satu sama lain dalam memastikan setiap persembahan kami sampai kepada audiens,” katanya.

Awang yang memiliki rambut berwarna kuning lebih bersifat senyap berbanding Buntak tetapi diserapkan dengan sedikit karakter gatal dan selamba.

Rul berkata, dia me­ngambil masa tiga hari dan tiga malam untuk memikirkan karakter sesuai untuk Awang dan selepas itu pula perlu menjiwai karakter berkenaan.

“Karakter dipilih mestilah berlainan dengan karakter saya supaya penonton boleh melihat perbezaan itu, sekali gus menjadikan persembahan lebih berkesan.

“Elemen komedi perlu disuntik untuk mengelak penonton berasa bosan, namun komedi dipersembahkan perlu ‘masuk’ dengan penonton bagi mengelak ‘persembahan syok sendiri’,” katanya.

Lazimnya, mereka akan duduk berbincang sebelum melakukan persembahan bagi bertukar-tukar idea supaya ­persembahan mereka selari dan berkesan.

Kebiasaannya mereka menjadi apa saja elemen yang berada di sekeliling mereka untuk dijadikan bahan komedi kerana ia lebih dekat dengan penonton.

Sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur, kembar seiras ini sering mengadakan persembahan silap mata, nyanyian dan ventriloquist di sekitar Labuan dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Tambah menarik, kedua-dua beradik ini sering menduduki tempat antara tiga teratas dalam Pertandingan Bintang P Ramlee di Sabah.

Ventriloquism berasal daripada perkataan Latin yang mana venter yang bererti perut dan loqui bermaksud bercakap.

Seni ini mula dipopularkan oleh Harry Lester (1878 - 1956), yang dilahirkan di Poland dan dikenali di atas pentas sebagai The Great Lester.

Sementara itu, Jeff Omar yang bertindak selaku pengurus dan dibantu oleh dramatis ­tanah air, Kay Maria berkata, Wan dan Rul mempunyai ­potensi yang besar untuk pergi jauh dalam bidang seni kerana mereka memiliki kelainan berbanding bakat baru yang sedia ada.

Katanya, di kala dunia seni dibanjiri bakat baru yang kebanyakannya memilih dunia nyanyian dan lakonan, mereka tampil berbeza.

“Tidak keterlaluan jika saya katakan mereka mempunyai bakat yang lengkap iaitu mampu menyanyi, menjadi pelawak dan berlakon.

“Bakat seperti inilah yang patut diketengahkan kerana jika dilihat daripada maklum balas yang diterima, kebanyakannya melahirkan rasa kagum pada bakat yang dimiliki mereka,” katanya.

Menurutnya, Wan dan Rul sering memberikan komitmen yang tinggi terhadap apa jua yang dilakukannya tanpa pernah putus asa.

Tambahnya, dia mempunyai perancangan untuk mengete­ngahkan bakat mereka dengan menerbitkan sebuah rancangan televisyen khas untuk mereka di samping memberi peluang untuk berlakon dalam mana-mana drama.

“Wan dan Buntak pernah berlakon dalam drama Selamat Hari Raya Bapak pada Aidilfitri tahun lalu dan ia adalah platform yang tepat untuk membuatkannya dikenali.

“Saya mempunyai harapan yang cukup besar iaitu ingin membawa mereka ke peringkat antarabangsa dan sekaligus melakar nama antara ­vertaloquist tersohor dunia,” katanya.


INFO

  • Ventriloquist ­adalah seni ­bercakap melalui perut tanpa ­menggerakkan bibir Mohd Syazwan

  • Nizam Matusin (Wan) ­mengendalikan ­patungnya yang diberi nama Buntak ­manakala Mohd Syazrul Nizam Matusin (Rul) ­bersama Awang

  • Buntak mempunyai karakter nakal, lucu dan banyak cakap. Awang pula bersifat pendiam dan gatal

  • Mempunyai bakat ­meniru suara artis, ­terutama seniman Tan Sri P Ramlee

  • Boleh dihubungi ­menerusi lama sosial facebook: www.facebook.com/wan rul magic puppet

    PROFIL

    NAMA: Mohd Syazrul Nizam Matusin
    UMUR: 22 tahun
    LAHIR: 7 April 1989
    ASAL: Beaufort, Sabah
    KELUARGA: Kedua daripada lima beradik
    PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia
    IDOLA: Tan Sri P Ramlee, Terry Fator dan Cyril Takayama


    PROFIL

    NAMA: Mohd Syazwan Nizam Matusin
    UMUR: 22 tahun
    LAHIR: 7 April 1989
    ASAL: Beaufort, Sabah
    KELUARGA: Sulung daripada lima beradik
    PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia
    IDOLA: Tan Sri P Ramlee dan Terry Fator

  • Kalau suka like entri mama ain

    Tuesday, February 22, 2011

    Misteri Di Sebalik Angka-Angka Handphone NOKIA!!!

    


    NOKIA 2100


                       
    Nokia adalah brand ternama untuk gadget handphone di serata dunia . Anda juga mungkin memiliki handphone berjenama Nokia. Tapi tahukah anda bagaimana hanphone-handphone tersebut diberi nama? Tahukah anda kenapa cellphone anda bernama N-gage?, kenapa type cellphone anda bermula dengan angka 6 dan type celphone teman anda bermula dengan angka 7?

    Ini Mungkin boleh membantu merungkai persoalan tersebut, mari baca dan tambah ilmu pengetahuan umum anda, MENARIK!!

    Berikut Penjelasannya:

    1. 1000 “Ultrabasic”, semua hp nokia yang bermula dengan angka 1 atau dalam order 1000. Type ini adalah type nokia yang paling murah yang dipasarkan semula untuk menguasai pasaran. Siri ini dapat digunakan untuk telepon dan sms dengan cukup baik. Nokia siri ini kurang mendapat sentuhan teknologi high-end.

    2. 2000Basic” atau Handphone Nokia siri 2000 atau yang bermula dengan angka 2 adalah type hp nokia yang juga masih dalam kategori murah. Bezanya dengan siri 1000, cellphone siri ini sudah mendapat sentuhan teknologi high-end seperti bluetooth dan kamera.

    3. 3000 “Expression” Siri 3000 adalah siri murah yang ditampilkan secara kreatif oleh Nokia. Dengan layar warna dan kemampuan mengambil gambar, memainkan muzik dan sudah mempunyai connectivity dengan Komputer (PC)

    4. 4000, Untuk alasan tertentu, tidak ada Handphone Nokia yang bermula dengan angka 4. Kenapa? belum ada penjelasan bagi persoalan ini,mungkin kerena pasaran nokia kebanyakan orang asia yang percaya kalo nombor 4 itu identical dengan " mati" (dari bahasa mandarin)

    5. 5000 “Active” Seri 5000 atau handphone Nokia yang bermula dengan angka 5 adalah yang ditujukan untuk mereka yang aktif. Produk dibawah siri ini biasanya direka untuk menemani anda yang sedang jogging atau untuk menaungi siri handphone nokia yang “muzik habisss!!”

    6.6000 “Classic Business” Siri ini sudah mula menyentuh daerah Business. Walaupun masih basic, siri hp ini sudah dilengkapi dengan sentuhan teknologi high-end. Seri 6000 seperti mula kehilangan ke-niche-an kerana banyak hp nokia dengan kepala 6 yang dilancarkan

    7. 7000 “Experimental” Kata yang paling tepat untuk menggambarkan siri ini adalah “type percubaan” jadi, jangan heran kalau hp nokia dengan angka depan 7 memiliki banyak kejanggalan disana-sini

    8. 8000 “Premium” Siri 8000 ini sudah premium, dan ia bukan sesuatu yg murah

    9. 9000 “Communicator” Siri ini 'booming' sekitar tahun 2005. Waktu itu seri comunicator merupakan seri yang agak good looking dan menjadi lambang kekayaan. Siri 9000 adalah bayi sulung sebelum munculnya E-series. Siri ini menggunakan OS GEOS, bukan Symbian.

    10. E-Series huruf E menyatakan kata Enterprise . Berorientasi business, dengan design yang minimum, feature yang lengkap, dan sangat responsif.

    11. N-Series - Pada N series ini, nokia berusaha memasukkan semua 'benda' ke dalam gadget berupa handphone. Handphone Dengan nama awal N adalah HP impian yang pada zaman dahulu cuma ada di dalam filem fiction yg ilmiah. Pada siri ini daya tahan bateri juga sangat baik untuk perkadaran dgn feature yang dijalankan.



    NOKIA N-SERIES
    
    

    Kalau suka like entri mama ain

    Wednesday, February 9, 2011

    Sembahyang Last Minute!!!

    Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea. Jika berpuasa Amalan kita
    direct terus padaNya Tapi Jika bersembahyang
    Ada posmen pula Untuk hantar amalan kita padaNya

    Kisahnya?..

    Setiap kita ada malaikat Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi Untuk sampaikan amalan kita Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit Dimana setiap penjaga tol, Kroni malaikat juga Jika sembahyang di awal waktu
    Tolnya ?free? Sekatan tol tiada Tiada ?jem? Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan
    Untuk dinilaikan

    Tapi

    Jika sembahyang di akhir waktu Tol free juga
    Tapi sekatannya MasyaAllah?.

    Di langit pertama,
    Penjaga tol marahkan posmen kita Kenapa lewat poskan amalan kita Merayu-rayu posmen malaikat kita Minta diberi laluan Tetapi? penjaga langit pertama Tidak heran Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi Maka..
    Jatuh berderai?

    Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita Satu persatu dikutip Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua Dilangit kedua, Samalah juga,
    Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
    Merayu lagi kawan kita Tak dipedulinya
    Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi Jatuh berderai lagi..

    Dikutip satu persatu amalan kita Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan Dilangit ketiga,
    La?. Kena basuh lagi malaikat posmen kita Kenapa lewat hantar amalan tersebut Tiada kompromi Terus dibaling amalan kita
    Jatuh berderai amalan kita Tak ade nilai?.
    Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi Maka..
    Tak sampailah amalan kita kepada Allah Seolah-olah kita tak sembahyang juga

    Maka?
    Bersedialah kita menerima pembalasannya Tak di dunia di akhirat pula Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak, Ujian bertimpa-timpa

    Ish?.
    Tak berbaloikan kita buat amal Tapi tak sampai
    Dahlah tu Tak de nilai Kena azab lagi nanti
    Ya Allah? Ampunkan kami? Kerana lalai?
    Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
    Lagi Maha Penyayang...

    Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan Biarlah kami gawat di dunia Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak.

    Amin.




    P/S : Jadi, bagi kawan-kawan yang beragama Islam, jangan lewat-lewatkan solat.....Masuk jer waktu, segerakan sembahyang....


    Kalau suka like entri mama ain

    Tuesday, February 8, 2011

    Jom Kenali Apa Itu Bristle.....

    BRISTLE (Berus daripada bulu babi)
    Bulu babi atau babi hutan dipanggil "Bristle" kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu babi ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

    Berus bulu kambing atau biri-biri
    Berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu babi. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

    Maha Suci Allah yang menjadikan bulu babi berbeza daripada bulu binatang lain.

    Dilampirkan gambar rupabentuk pelbagai bulu binatang.









    

    Kalau suka like entri mama ain