Tab Menu 8

Followers

Wednesday, February 23, 2011

Suara Daripada Perut


VENTRILOQUIST..kembar seiras ini memiliki minat sama.

BERCAKAP melalui perut tanpa sedikit pun menggerakkan bibir mungkin kedengaran pelik dan mustahil dilakukan. Namun bagi pengamal seni ventriloguist, ia dianggap satu keistimewaan kerana tidak semua mampu melakukannya.
Pasangan kembar seiras, Mohd Syazwan Nizam Matusin dan Mohd Syazrul Nizam Matusin, 22, kembali menghidupkan seni ventriloquist di negara ini yang semakin ‘tenggelam’, walaupun satu ketika dulu ia pernah popular menerusi watak Jalut yang dimainkan oleh pelawak, Mahadi.


URUS....Jeff Omar ( dua dari kiri) dan Kay Maria (kanan) bertanggungjawab membawa Wan dan Rul ke Kuala Lumpur.

Menggunakan patung atau ‘dummy’ yang diberi nama Buntak dan Awang, dua beradik itu mengecapi populariti di negeri asal, Sabah.

Mohd Syazwan yang lebih mesra disapa dengan nama Wan adalah identiti sebenar kepada dummy bernama Buntak, manakala Mohd Syazrul atau Rul lebih serasi bersama Awang.Apabila melihat persembahan mereka, dapat dirasakan Buntak dan Awang seakan-akan hidup sehingga membuat ­penonton terpana dan tertanya-tanya adakah patung itu bernyawa.

Lebih menarik, mereka bukan hanya membuat persembahan lawak jenaka, malah boleh me­nyanyi dengan melontarkan suara lantang tanpa perlu membuka mulut mahupun menggerakkan bibir sekalipun.

Wan berkata, Buntak adalah patung pertama dimilikinya apabila dibeli oleh ayahnya, Matusin Awang Damit, 57.

Katanya, dia mula meminati seni itu apabila menonton sebuah rancangan televisyen ventriloquism dari Jepun menerusi televisyen ketika berusia 15 tahun.

“Sama seperti orang lain, saya pada mulanya hairan melihat patung itu bercakap, sedangkan mulut ‘pemegangnya’ langsung tidak bergerak.

“Namun selepas melihat ­secara teliti persembahan mereka, baru saya tahu dari mana suara itu dikeluarkan,” katanya.

Bertitik tolak dari situ, anak muda ini menanam azam untuk mendalami seni itu dan mula melakukan latihan secara sendirian berpandukan maklumat dan video yang ditontonnya melalui Internet.

Pada mulanya, dia menggunakan patung yang dibuat sendiri dan berlatih di depan cermin hampir setiap hari bagi memahirkan diri.

Melihat kesungguhan dan minat mendalam untuk menjadi ventriloquist, ayahnya mengimport Buntak untuknya dan sejak itu dia terus aktif mengadakan persembahan di sekitar Sabah.

Penghijrahan dua beradik kembar ini ke Kuala Lumpur diuruskan oleh pelakon dan juga penerbit drama, Jeff Omar yang tertarik dengan bakat dimiliki mereka.

Walaupun pada mulanya timbul rasa ragu-ragu dan bimbang untuk berhijrah, apatah lagi perlu berjauhan dengan keluarga, semua itu ditolak ke tepi demi mengembangkan bakat dimiliki.

Wan berkata, sehingga kini mereka memiliki enam patung pelbagai ‘jantina’ dan mempunyai karakter dan suara berbeza.

Bercerita mengenai Buntak, Wan berkata, Buntak diberi karakter sebagai seorang yang banyak cakap, nakal dan sering mencuit hati dengan telatahnya yang lucu.

Katanya, setiap patung perlu diberi karakter ­tertentu bagi menjadikan ia benar-benar hidup dan berbeza dengan karakter mereka.

“Karakter yang diberikan itulah sebenarnya membantu menghidupkan sesuatu persembahan selain pengisian dan jalan ceritanya.

“Menjadi cabaran pada kami berdua untuk mempelbagaikan karakter dan suara supaya ia tampak berbeza antara satu sama lain,” katanya.

Berbeza dengan Wan, Rul pada mulanya hanya menjadi ‘back-up’ kepada abangnya ketika melakukan persembahan kerana dia lebih ter­arah kepada bidang nyanyian.
Ketika itu dia masih belum bersedia menjadi ventriloquist, sebaliknya lebih selesa menjadi penghibur yang meniru suara Tan Sri P Ramlee di Sabah.

“Minat saya dalam bidang ini timbul agak lambat berbanding abang saya, namun semua itu tidak dijadikan alasan untuk saya terus memantapkan diri dengan ilmu ventriloquism.

“Kami sering bertukar-tukar pendapat dan idea sebelum melakukan sesuatu persembahan supaya persembahan kami menarik perhatian penonton,” katanya.

Oleh kerana seni ini memerlukan mereka bercakap dari dalam perut dan bibir tidak boleh digerakkan, menjadi satu cabaran untuk menyebut sesetengah
perkataan.

Perkataan yang mengandungi huruf seperti B, M, P dan W sukar disebut tanpa menggerakkan bibir dan ia mengambil masa lama untuk belajar me­nyebut huruf itu.
“Walaupun pada mulanya­ sukar membiasakan diri, lama-kelamaan kami berjaya menyebut perkataan itu.

“Dua elemen penting yang ditekankan adalah kesungguhan dan kesabaran kerana ia saling bergantung antara satu sama lain dalam memastikan setiap persembahan kami sampai kepada audiens,” katanya.

Awang yang memiliki rambut berwarna kuning lebih bersifat senyap berbanding Buntak tetapi diserapkan dengan sedikit karakter gatal dan selamba.

Rul berkata, dia me­ngambil masa tiga hari dan tiga malam untuk memikirkan karakter sesuai untuk Awang dan selepas itu pula perlu menjiwai karakter berkenaan.

“Karakter dipilih mestilah berlainan dengan karakter saya supaya penonton boleh melihat perbezaan itu, sekali gus menjadikan persembahan lebih berkesan.

“Elemen komedi perlu disuntik untuk mengelak penonton berasa bosan, namun komedi dipersembahkan perlu ‘masuk’ dengan penonton bagi mengelak ‘persembahan syok sendiri’,” katanya.

Lazimnya, mereka akan duduk berbincang sebelum melakukan persembahan bagi bertukar-tukar idea supaya ­persembahan mereka selari dan berkesan.

Kebiasaannya mereka menjadi apa saja elemen yang berada di sekeliling mereka untuk dijadikan bahan komedi kerana ia lebih dekat dengan penonton.

Sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur, kembar seiras ini sering mengadakan persembahan silap mata, nyanyian dan ventriloquist di sekitar Labuan dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Tambah menarik, kedua-dua beradik ini sering menduduki tempat antara tiga teratas dalam Pertandingan Bintang P Ramlee di Sabah.

Ventriloquism berasal daripada perkataan Latin yang mana venter yang bererti perut dan loqui bermaksud bercakap.

Seni ini mula dipopularkan oleh Harry Lester (1878 - 1956), yang dilahirkan di Poland dan dikenali di atas pentas sebagai The Great Lester.

Sementara itu, Jeff Omar yang bertindak selaku pengurus dan dibantu oleh dramatis ­tanah air, Kay Maria berkata, Wan dan Rul mempunyai ­potensi yang besar untuk pergi jauh dalam bidang seni kerana mereka memiliki kelainan berbanding bakat baru yang sedia ada.

Katanya, di kala dunia seni dibanjiri bakat baru yang kebanyakannya memilih dunia nyanyian dan lakonan, mereka tampil berbeza.

“Tidak keterlaluan jika saya katakan mereka mempunyai bakat yang lengkap iaitu mampu menyanyi, menjadi pelawak dan berlakon.

“Bakat seperti inilah yang patut diketengahkan kerana jika dilihat daripada maklum balas yang diterima, kebanyakannya melahirkan rasa kagum pada bakat yang dimiliki mereka,” katanya.

Menurutnya, Wan dan Rul sering memberikan komitmen yang tinggi terhadap apa jua yang dilakukannya tanpa pernah putus asa.

Tambahnya, dia mempunyai perancangan untuk mengete­ngahkan bakat mereka dengan menerbitkan sebuah rancangan televisyen khas untuk mereka di samping memberi peluang untuk berlakon dalam mana-mana drama.

“Wan dan Buntak pernah berlakon dalam drama Selamat Hari Raya Bapak pada Aidilfitri tahun lalu dan ia adalah platform yang tepat untuk membuatkannya dikenali.

“Saya mempunyai harapan yang cukup besar iaitu ingin membawa mereka ke peringkat antarabangsa dan sekaligus melakar nama antara ­vertaloquist tersohor dunia,” katanya.


INFO

  • Ventriloquist ­adalah seni ­bercakap melalui perut tanpa ­menggerakkan bibir Mohd Syazwan

  • Nizam Matusin (Wan) ­mengendalikan ­patungnya yang diberi nama Buntak ­manakala Mohd Syazrul Nizam Matusin (Rul) ­bersama Awang

  • Buntak mempunyai karakter nakal, lucu dan banyak cakap. Awang pula bersifat pendiam dan gatal

  • Mempunyai bakat ­meniru suara artis, ­terutama seniman Tan Sri P Ramlee

  • Boleh dihubungi ­menerusi lama sosial facebook: www.facebook.com/wan rul magic puppet

    PROFIL

    NAMA: Mohd Syazrul Nizam Matusin
    UMUR: 22 tahun
    LAHIR: 7 April 1989
    ASAL: Beaufort, Sabah
    KELUARGA: Kedua daripada lima beradik
    PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia
    IDOLA: Tan Sri P Ramlee, Terry Fator dan Cyril Takayama


    PROFIL

    NAMA: Mohd Syazwan Nizam Matusin
    UMUR: 22 tahun
    LAHIR: 7 April 1989
    ASAL: Beaufort, Sabah
    KELUARGA: Sulung daripada lima beradik
    PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia
    IDOLA: Tan Sri P Ramlee dan Terry Fator

  • Kalau suka like entri mama ain

    Tuesday, February 22, 2011

    Misteri Di Sebalik Angka-Angka Handphone NOKIA!!!

    


    NOKIA 2100


                       
    Nokia adalah brand ternama untuk gadget handphone di serata dunia . Anda juga mungkin memiliki handphone berjenama Nokia. Tapi tahukah anda bagaimana hanphone-handphone tersebut diberi nama? Tahukah anda kenapa cellphone anda bernama N-gage?, kenapa type cellphone anda bermula dengan angka 6 dan type celphone teman anda bermula dengan angka 7?

    Ini Mungkin boleh membantu merungkai persoalan tersebut, mari baca dan tambah ilmu pengetahuan umum anda, MENARIK!!

    Berikut Penjelasannya:

    1. 1000 “Ultrabasic”, semua hp nokia yang bermula dengan angka 1 atau dalam order 1000. Type ini adalah type nokia yang paling murah yang dipasarkan semula untuk menguasai pasaran. Siri ini dapat digunakan untuk telepon dan sms dengan cukup baik. Nokia siri ini kurang mendapat sentuhan teknologi high-end.

    2. 2000Basic” atau Handphone Nokia siri 2000 atau yang bermula dengan angka 2 adalah type hp nokia yang juga masih dalam kategori murah. Bezanya dengan siri 1000, cellphone siri ini sudah mendapat sentuhan teknologi high-end seperti bluetooth dan kamera.

    3. 3000 “Expression” Siri 3000 adalah siri murah yang ditampilkan secara kreatif oleh Nokia. Dengan layar warna dan kemampuan mengambil gambar, memainkan muzik dan sudah mempunyai connectivity dengan Komputer (PC)

    4. 4000, Untuk alasan tertentu, tidak ada Handphone Nokia yang bermula dengan angka 4. Kenapa? belum ada penjelasan bagi persoalan ini,mungkin kerena pasaran nokia kebanyakan orang asia yang percaya kalo nombor 4 itu identical dengan " mati" (dari bahasa mandarin)

    5. 5000 “Active” Seri 5000 atau handphone Nokia yang bermula dengan angka 5 adalah yang ditujukan untuk mereka yang aktif. Produk dibawah siri ini biasanya direka untuk menemani anda yang sedang jogging atau untuk menaungi siri handphone nokia yang “muzik habisss!!”

    6.6000 “Classic Business” Siri ini sudah mula menyentuh daerah Business. Walaupun masih basic, siri hp ini sudah dilengkapi dengan sentuhan teknologi high-end. Seri 6000 seperti mula kehilangan ke-niche-an kerana banyak hp nokia dengan kepala 6 yang dilancarkan

    7. 7000 “Experimental” Kata yang paling tepat untuk menggambarkan siri ini adalah “type percubaan” jadi, jangan heran kalau hp nokia dengan angka depan 7 memiliki banyak kejanggalan disana-sini

    8. 8000 “Premium” Siri 8000 ini sudah premium, dan ia bukan sesuatu yg murah

    9. 9000 “Communicator” Siri ini 'booming' sekitar tahun 2005. Waktu itu seri comunicator merupakan seri yang agak good looking dan menjadi lambang kekayaan. Siri 9000 adalah bayi sulung sebelum munculnya E-series. Siri ini menggunakan OS GEOS, bukan Symbian.

    10. E-Series huruf E menyatakan kata Enterprise . Berorientasi business, dengan design yang minimum, feature yang lengkap, dan sangat responsif.

    11. N-Series - Pada N series ini, nokia berusaha memasukkan semua 'benda' ke dalam gadget berupa handphone. Handphone Dengan nama awal N adalah HP impian yang pada zaman dahulu cuma ada di dalam filem fiction yg ilmiah. Pada siri ini daya tahan bateri juga sangat baik untuk perkadaran dgn feature yang dijalankan.



    NOKIA N-SERIES
    
    

    Kalau suka like entri mama ain

    Wednesday, February 9, 2011

    Sembahyang Last Minute!!!

    Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea. Jika berpuasa Amalan kita
    direct terus padaNya Tapi Jika bersembahyang
    Ada posmen pula Untuk hantar amalan kita padaNya

    Kisahnya?..

    Setiap kita ada malaikat Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi Untuk sampaikan amalan kita Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit Dimana setiap penjaga tol, Kroni malaikat juga Jika sembahyang di awal waktu
    Tolnya ?free? Sekatan tol tiada Tiada ?jem? Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan
    Untuk dinilaikan

    Tapi

    Jika sembahyang di akhir waktu Tol free juga
    Tapi sekatannya MasyaAllah?.

    Di langit pertama,
    Penjaga tol marahkan posmen kita Kenapa lewat poskan amalan kita Merayu-rayu posmen malaikat kita Minta diberi laluan Tetapi? penjaga langit pertama Tidak heran Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi Maka..
    Jatuh berderai?

    Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita Satu persatu dikutip Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua Dilangit kedua, Samalah juga,
    Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
    Merayu lagi kawan kita Tak dipedulinya
    Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi Jatuh berderai lagi..

    Dikutip satu persatu amalan kita Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan Dilangit ketiga,
    La?. Kena basuh lagi malaikat posmen kita Kenapa lewat hantar amalan tersebut Tiada kompromi Terus dibaling amalan kita
    Jatuh berderai amalan kita Tak ade nilai?.
    Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi Maka..
    Tak sampailah amalan kita kepada Allah Seolah-olah kita tak sembahyang juga

    Maka?
    Bersedialah kita menerima pembalasannya Tak di dunia di akhirat pula Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak, Ujian bertimpa-timpa

    Ish?.
    Tak berbaloikan kita buat amal Tapi tak sampai
    Dahlah tu Tak de nilai Kena azab lagi nanti
    Ya Allah? Ampunkan kami? Kerana lalai?
    Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
    Lagi Maha Penyayang...

    Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan Biarlah kami gawat di dunia Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak.

    Amin.




    P/S : Jadi, bagi kawan-kawan yang beragama Islam, jangan lewat-lewatkan solat.....Masuk jer waktu, segerakan sembahyang....


    Kalau suka like entri mama ain

    Tuesday, February 8, 2011

    Jom Kenali Apa Itu Bristle.....

    BRISTLE (Berus daripada bulu babi)
    Bulu babi atau babi hutan dipanggil "Bristle" kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu babi ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

    Berus bulu kambing atau biri-biri
    Berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu babi. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

    Maha Suci Allah yang menjadikan bulu babi berbeza daripada bulu binatang lain.

    Dilampirkan gambar rupabentuk pelbagai bulu binatang.









    

    Kalau suka like entri mama ain